OGOS 2023

Autonomi Pendidikan, Pembangunan Infrastruktur Sekolah Dibincang


PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) diketuai menterinya, Datuk Roland Sagah Wee Inn, mengadakan kunjungan terhadap Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato' Sri Fadillah Yusof di  pejabatnya di Putrajaya, hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri, Datuk Dr Annuar Rapa’ee dan Datuk Francis Harden Hollis, Setiausaha Tetap, Azmi Bujang, Setiausaha Politik kepada Premier, Damien Rejek dan pegawai MEITD.

Antara perkara yang dibincangkan  ialah usaha kementerian ke arah mendapatkan autonomi dalam pendidikan, isu semasa berkaitan pendidikan di Sarawak terutamanya dari segi pembangunan dan pembangunan semula projek infrastruktur sekolah serta keperluan pembiayaan yang mencukupi untuk menyokong program pendidikan di Sarawak.

Sehubungan itu, Fadillah memberi jaminan bahawa tindakan sewajarnya akan diambil bagi menangani perkara yang dibangkitkan semasa delegasi itu ke peringkat persekutuan.

Sumber dari : Jiwa Bakti